Sedulur Papat Limo Pancer Menurut Katolik
Sedulur Papat Limo Pancer dalam pandangan Katolik, sedulur papat limo pancer dalam pandangan katolik, sedulur papat limo pancer menurut katolik, sedulur papat limo pancer dalam pandangan katolik, sedulur papat limo pancer dalam ajaran katolik.
Untuk memahami Sedulur Papat Limo Pancer dalam Katolik tentunya tak lepas dari apakah Roh Kudus itu kita harus mengenali Allah Benar yang Satu (Eloah) dan anakNya Yesus Kristus. Dari Alkitab kita akan lihat bahawa Bapa dan Anak dihubungkan atau dikaitkan melalui Roh Kudus. Kita akan lihat bahawa Allah juga memberikan RohNya kepada manusia.
Roh bukanlah satu orang atau makhluk tersendiri. Ada orang yang mengatakan bahawa Tuhan terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian-bahagian ini dikatakan adalah Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ini dipanggil doktrin Trinitas. Ajaran ini salah dan tidak benar sama sekali. Kitab Suci menyatakan bahawa Allah adalah SATU dan bukannya tiga (Ulangan 6:4; Efesus 4:6). Roh Kudus adalah Roh Tuhan (Roma 8:14). Tuhan memberikan kita RohNya agar kita dapat mengenali Dia serta bertumbuh menjadi lebih seperti Dia (2Petrus 1:3-4).
Nama [Roh] Kudus kadangkala kedengaran seperti sesuatu yang mungkin kita takuti. Tetapi Roh Kudus tidak akan berjalan menembusi dinding untuk datang kepada kita atau berbuat bunyi pada waktu malam. Ia tidak berjalan-jalan sambil memakai kain cadar putih untuk menakutkan kita. Ia bekerja di dalam hati serta fikiran kita. Ia bukanlah sesuatu yang patut ditakuti. Tuhan tidak memberikan kita roh ketakutan, tetapi roh kekuatan dan kasih (2 Timotius 1:7).
Roh Kudus dipanggil sebagai penolong (Yohanes 15:26). Ia menolong kita untuk memahami Alkitab serta hal-hal Tuhan. Ia mengajar kita kebenaran itu (Yohanes 14:16-17, 26; 16:13; 1Yohanes 4:6; 5:6). Ia mengetahui segala sesuatu (1Korintus 2:10-11). Roh Kudus adalah cara yang melaluinya kita menjadi anak-anak Tuhan (Galatia 4:6-7; Roma 8:14). Kristus menolong, mengajar serta menghibur kita melalui Roh Kudus. Ia sebenarnya adalah kuasa Tuhan yang hidup di dalam kita dan di dalam Kristus. Ia datang dari Tuhan dan kemudiannya kepada kita melalui Kristus. Ia seperti suatu daya tarikan yang menarik kita kepada Tuhan melalui Kristus (Ibrani 7:25). Ia tidak terlihat.
Roh akan berbicara bagi kita apabila kita berada di dalam kesusahan. Ia akan meletakkan buah fikiran ke dalam fikiran kita serta perkataan di dalam mulut kita. Roh boleh berbicara melalui kita (Matius 10:19-20).
Tuhan memberikan Roh Kudus kepada sesiapa yang meminta (Lukas 11:9-13). Namun kita harus menurutNya. Roh hidup di dalam mereka yang memelihara perintah-perintah Tuhan (1Yohanes 3:24; Kisah 5:32).
Apabila kita bertaubat dari dosa-dosa kita dan dibaptiskan, kita menerima Roh Kudus ke dalam diri kita (Matius 28:19; Kisah 2:38). Untuk menandakan bahawa ini sedang terjadi, salah seorang dari pendeta Tuhan meletakkan tangannya pada kepala orang yang dibaptiskan. Tangan-tangan pendeta itu tidak memberikan kita Roh itu. Dia seorang manusia dan tidak memiliki kuasanya sendiri untuk melakukan ini. Ia hanya bermakna bahawa dia memohon kepada Tuhan untuk memberikan orang itu Roh tersebut. Dari pembaptisan kita memulakan suatu perjalanan baru dengan hidup sama seperti Kristus.
Sedulur Papat Limo Pancer Menurut Katolik
Sebagai umat Katolik, kita harus hidup sama seperti cara hidup Kristus dan para rasul. Kita tahu yang mereka memelihara hari Sabat dan Perayaan-perayaan itu (Kisah 2:1; 20:6, 27:9; Kolose 2:16). Tidak cukup untuk hanya mengetahui apa yang Tuhan katakan di dalam Alkitab, tetapi kita harus melakukan segala perintah Tuhan. Apabila kita memiliki Roh Tuhan dan hidup mengikut cara yang diperintahkanNya, kita mula menunjukkan buah-buah Roh Kudus. Kita boleh membaca mengenainya di dalam Galatia 5:22-23. Kasih adalah buah utama, namun semuanya bermula dengan kebenaran (1Korintus 13:13).
Kita bukannya menerima Roh Kudus dengan melakukan perbuatan-perbuatan baik. Namun kita masih perlu melakukan pekerjaan baik serta menurut Hukum-hukum Tuhan sungguhpun Roh Kudus sudah ada di dalam diri kita (Yakobus 2:14-18).Sebenarnya, dengan Roh Kudus di dalam diri kita, kita akan ingin melakukan pekerjaan baik dan menurut Tuhan. Jika kita terlalu muda untuk dibaptiskan, Roh Kudus tetap akan menjaga kita sehinggalah kita dewasa, kalau kita mempunyai ibubapa yang percaya. Namun kita harus taat pada ibubapa kita di dalam Tuhan (Efesus 6:1-2).
Sedulur Papat Limo Pancer Menurut Katolik
Kristus mengatakan bahawa dia ada di dalam Tuhan dan Tuhan ada di dalam dia (Yohanes 17:21-23). Ini hanya mungkin terjadi dengan Roh Kudus Tuhan. Jadi apabila kita memiliki Roh Kudus, Tuhan berada di dalam kita dan Kristus ada di dalam kita (1Yohanes 4:13). Itulah caranya bagaimana Tuhan ingin menjadi semua di dalam semua, satu hari nanti (Efesus 4:6; 1Korintus 15:28). Namun pada masa itu nanti, kita semua akan menjadi makhluk-makhluk rohani dan bukan lagi manusia berdarah daging.
Roh Kudus adalah penghubung yang menyatukan kita semua. Ingat, Roh Kudus bukanlah sesuatu yang boleh kita rasai atau pegang dengan tangan-tangan kita. Kita mengetahui sama ada ia hadir atau tidak, melalui apa yang kita fikirkan dan bagaimana kelakuan kita (Galatia 5:16-18).
Memiliki Roh bermaksud kita boleh berbicara dengan Tuhan di dalam doa. Apabila kita berdoa kita harus berdoa kepada Bapa, namun sentiasa meminta di dalam nama anakNya Yesus Kristus (Matius 6:6, 9-13; Lukas 11:12). Kini kita boleh pergi kepada dan berbicara dengan Allah Bapa secara langsung melalui Roh Kudus. Kita haruslah menyembah Tuhan di dalam roh dan kebenaran (Yohanes 4:24).
Jika kita tidak tahu apa yang patut kita doakan, Roh Kudus menolong kita dengan berdoa bagi kita. Ia dilakukan dengan sebegitu cara sehingga tiada kata-kata yang dapat menerangkannya (Roma 8:6). Tuhan sentiasa mengetahui isi hati dan fikiran kita, jadi Dia mengetahui apa yang Roh katakan untuk kita. Ia hanya akan meminta hal-hal yang bersesuaian dengan kehendak Tuhan (Roma 8:27).
Kristus memantulkan Bapa. Dia bertindak dan berbicara bagi Tuhan kerana dia memiliki Roh Kudus Tuhan yang tinggal di dalam dia (Yohanes 3:34). Namun dia bukanlah makhluk yang sama sebagai Allah Benar yang Tunggal. Dia seorang makhluk lain dan dia diciptakan oleh Bapa dan diutus ke dunia untuk menjadi manusia untuk masa yang singkat (Yohanes 5:23). Kedua-dua Bapa dan anak wujud sebagai makhluk-makhluk berasingan, namun mereka dikatakan sebagai satu kerana mereka berkongsi kudrat yang sama melalui Roh Kudus. Kristus mengatakan: “Barangsiapa telah melihat Aku, ia telah melihat Bapa” (Yohanes 14:9).
Roh Kudus menghubungkan kita semua bersama untuk membentuk Bait Tuhan (1Korintus 3:16; 6:19). Tuhan memanggil kita ke dalam Kerajaan Tuhan untuk bekerja. Ia bukan kerana kita istimewa ataupun baik. Roh memberikan kepada kita semua, karunia atau talenta tertentu, agar kita dapat bekerja bersama seperti satu tubuh. Sesuatu tubuh terdiri daripada banyak bahagian. Setiap bahagian tubuh seperti lengan, kaki, mata dan telinga, semuanya bekerja bersama-sama. Tiada satupun yang bekerja sendirian. Jadi kita perlu menolong antara satu sama lain di dalam pekerjaan jemaat dengan kasih dan kekuatan daripada Roh Kudus.
Kita tidak mampu memasuki kerajaan Tuhan kecualilah kita dilahirkan semula. Ini terjadi apabila kita dibaptiskan dan menerima Roh Kudus. Pada waktu itu, kita dilahirkan melalui roh dan cara hidup kita yang lama dikatakan telah mati (Yohanes 3:3-6). Mereka yang ada di dalam daging tidak boleh menyenangkan hati Tuhan. Jadi jika kita memiliki Roh Kudus di dalam diri kita, maka kita menjadi milik Kristus dan dia hidup di dalam kita dan Tuhan hidup di dalam kita dalam cara yang sama (Roma 8:8-10).
Maka Roh memberikan kita kehidupan yang baru. Kita masih lagi manusia, tetapi kita sentiasa diubahkan menjadi lebih baik. Kita dibentuk mengikut gambaran Kristus, yang merupakan gambaran Tuhan. Kita sedang diubahkan melalui Roh Kudus untuk menjadi lebih sempurna dan kudus seperti Tuhan. Sesudah baptisan, kita haruslah jangan kembali kepada kehidupan lama kita (Efesus 4:17-24).
Roh Kudus memimpin kita dengan menunjukkan kepada kita apa yang Tuhan kehendaki daripada kita. Ia kemudiannya menolong kita mencapainya. Kita akan ingin berkenan pada Tuhan. Ia seolah-olah kita diberikan hati dan fikiran yang baru. Tubuh badan kita mungkin masih kelihatan sama, namun fikiran serta perbuatan kita berubah.
Roh akan meninggalkan kita kalau kita kembali berdosa. Apabila kita diberikan Roh itu, kita mula mengenali lebih banyak mengenai Allah Benar yang Tunggal dan rencanaNya untuk kita. Namun jika kita mula berdosa, kita mula kehilangan sebahagian daripada hal-hal indah yang telah kita ketahui (2 Timotius 1:13-14). Apabila kita berfikir dan melakukan hal-hal yang Tuhan pasti tidak sukai, kita tahu bahawa Roh sedang meninggalkan kita. Tuhan mengatakan Dia tidak akan meninggalkan kita ataupun membiarkan kita (Ulangan 31:8; 1Raja-raja 6:13; Yesaya 42:16; Ibrani 13:5) namun Roh memang boleh dipadamkan atau didukacitakan (1 Tesalonika 5:19; Efesus 4:30).
Roh adalah cara melalui siapa kita menyembah Tuhan (Filipi 3:3). Jadi Roh bukanlah Tuhan dan kita tidak menyembah Roh itu. Begitu juga, kita tidak menyembah Yesus Kristus dengan berdoa kepadanya. Jika kita mengenal bahawa Yesus adalah Anak Tuhan, maka Tuhan ada di dalam diri kita dan kita ada di dalam Dia melalui RohNya (1Yohanes 4:15).
Umat Perjanjian Lama juga mengetahui mengenai Roh Tuhan. Mereka memiliki kehadiran Malaikat Yahovah. Mereka tahu bahawa ia bukanlah Allah Benar yang Satu yang berbicara langsung kepada mereka dan yang dilihat mereka. Seperti yang kita tahu, ini adalah Hadirat Malaikat Tuhan yang bersama dengan Musa dan Israel di Padang Gurun itu dan yang kemudiannya dilahirkan sebagaikan Yesus anak manusia.
Semua para Nabi telah didatangi Roh Tuhan di dalam mimpi dan penglihatan, atau berkata-kata dengan Roh itu, yang melalui Malaikat Yahovah. Tuhan telah datang kepada Abraham di dalam suatu penglihatan (Kejadian 15:1); Tuhan memanggil Harun dan Miryam (Bilangan 12:6); Roh Tuhan turun kepada Bileam (Bilangan 24:2); Tuhan memanggil Samuel (1Samuel bab 3). Yesaya melihat suatu penglihatan (Yesaya 1:1). Firman Tuhan datang kepada Yeremia (Yeremia 14:14). Yehezkiel melihat penglihatan-penglihatan Tuhan (Yehezkiel 1:1). Daniel menerima suatu penglihatan (Daniel 2:19) dan begitulah jadinya dengan para nabi dahulukala. (Lihat juga Ibrani 1:1-2; 2 Petrus 20:20-21).
Alkitab juga berbicara mengenai satu lagi roh di dalam manusia. Ini adalah roh yang berlainan daripada Roh Tuhan. Ia seperti nafas kita. Ia merupakan karunia kehidupan daripada Tuhan (Zakharia 12:1). Ia merupakan milik Tuhan (Kejadian 6:3; Ayub 11:11, 27:3; Amsal 20:27). Apabila kita mati, roh atau nyawa manusia meninggalkan kita (Mazmur 146:4). Ia kembali kepada Tuhan (Pengkhotbah 12:7). Ketika Tuhan menjadikan Adam Dia menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi makhluk yang hidup (Kejadian 2:7; 1Korintus 15:45).
Jadi roh di dalam manusia ini bukanlah suatu jiwa yang terus hidup di surga sesudah kita mati. Alkitab mengatakan manusia menjadi makhluk atau jiwa yang hidup. Jiwa ini boleh mati (Yehezkiel 20:18). Apabila Alkitab berbicara mengenai jiwa ia sebenarnya berbicara mengenai nyawa tubuh tersebut. Jiwa boleh bermaksud makhluk, manusia atau kehidupan. Kedua-dua binatang dan manusia mempunyai kematian yang sama, namun manusia akan hidup kembali. Jadi roh manusia inilah yang menjadikan kita berbeza dengan binatang.
Kita tidak dapat melihat roh manusia sama seperti kita tidak dapat melihat nafas hidup kita. Namun kita boleh merasakan hembusan nafas kita apabila kita bertiup pada tangan kita. Dengan cara yang sama, kita tidak mampu melihat Roh Tuhan, namun kita merasakan kehadirannya di dalam diri kita, kerana kita ingin menurut Tuhan. Roh Tuhan adalah seperti angin atau tiupan bayu (Yohanes 3:8). Dalam cara yang sama, ia serupa hembusan nafas.
Fikirkanlah bagaimana angin mengembangkan layar-layar kapal layar. Ia menolong untuk menolak kapal tersebut ke arah yang betul. Kita juga boleh katakan bahawa apabila hati dan fikiran kita dipenuhi Roh Kudus maka kita juga akan didorong ke arah yang betul. Roh Kudus merupakan daya pendorong yang menolong kita untuk hidup mengikut jalan Tuhan.
Apabila Yesus sedang mati pada tiang itu, dia menyeru kepada Bapanya di surga: “Ya Bapa, ke dalam tangan-Mu Kuserahkan nyawa-Ku." Setelah berkata begitu dia menghembuskan nafas terakhirnya dan mati (Lukas 23:46). Jadi ini adalah roh sama yang dipunyai semua manusia, yang kembali kepada Tuhan pada waktu kematian. Dia meletakkan nyawanya ke dalam tangan Tuhan. Yesus tahu bahawa jika dia ingin hidup semula setelah kematiannya sebagai manusia, hanya Bapa sahaja yang boleh memberikannya hidup baru. Jadi melalui Roh Kudus, Tuhan telah membangkitkan Yesus dari orang mati (Kisah 3:32-33). Dengan cara yang sama kita akan dibangkitkan daripada mati untuk hidup semula (Roma 8:11).
Yesus telah melakukan apa yang Bapa kehendaki dia lakukan (Lukas 2:49). Dia berkata dia tidak boleh berbuat apa-apa tanpa Bapa (Yohanes 5:30). Dia adalah seperti hadirat Tuhan kerana dia berbicara bagi Tuhan dan memegang kekuasaan Tuhan. Melalui hikmat bijaksana Roh Kudus, Kristus dapat mengajar murid-muridnya banyak perkara mengenai Tuhan dan hal-hal yang akan terjadi pada masa hadapan. Namun tanpa Roh Kudus itu, murid-muridnya serta kita pada hari ini tidak mampu memahami sepenuhnya hal-hal itu.
Roh Kudus adalah kuasa Tuhan, yang Kristus berjanji untuk mengutus kepada kita (Yohanes 16:7). Sebelum Yesus meninggalkan rasul-rasulnya untuk kali terakhir untuk kembali kepada Bapanya (Kisah 1:10-11), dia menyuruh mereka untuk tidak meninggalkan Yerusalem, tetapi sebaliknya menunggu janji Bapa. Dia berdoa kepada Bapa untuk memberikan mereka seorang Penolong yang lain (Yohanes 14:16-17). Dia memberitahu mereka bahawa mereka akan menerima Roh Kudus itu daripada Bapa (Yohanes 15:26). Ini merupakan caranya memberitahu bahawa dia akan tetap bersama dengan mereka kerana mereka akan memiliki Roh Tuhan sama seperti dia.
Jadi apabila mereka berkumpul bersama untuk Perayaan Pentakosta, sesuatu yang menakjubkan telah berlaku. Terdapat bunyi seperti tiupan angin kencang dan lidah api telah hinggap pada setiap mereka. Mereka telah dipenuhi Roh Kudus dan mula berkata-kata di dalam bahasa-bahasa berlainan (Kisah 2:1-4). Ini hanya merupakan simbol kuasa yang telah dimiliki mereka. Nyala api tersebut tidak membahayakan mereka.
Roh akan mengajar mereka mengenai hal-hal masa depan, sama seperti Kristus lakukan sewaktu dia masih bersama mereka sebagai manusia (Yohanes 14:26; 16:13). Melalui Roh Kudus, Kristus akan menolong mereka untuk teguh di dalam iman dan untuk menubuhkan Jemaat Tuhan. Kini kita harus meneruskan pekerjaan ini sehinggalah Kristus kembali untuk mengatur semula planet ini. Pada masa itu, kita semua akan menurut Hukum-hukum Tuhan.
Sedulur Papat Limo Pancer Menurut Katolik
"Demikian juga Roh membantu kita dalam kelemahan kita; sebab kita tidak tahu, bagaimana sebenarnya harus berdoa; tetapi Roh sendiri berdoa untuk kita kepada Allah dengan keluhan-keluhan yang tidak terucapkan. Dan Allah yang menyelidiki hati nurani, mengetahui maksud Roh itu, yaitu bahwa Ia sesuai dengan kehendak Allah, berdoa untuk orang-orang kudus." (Roma 8:26,27)
Doa merupakan nafas orang Kristen, suatu komunikasi antara yang diselamatkan dan Juruselamat. Doa merupakan persatuan dari kehendak yang diciptakan dengan kehendak yang menciptakan, "the unity of the will of the created one and the Creator". Doa merupakan persatuan dari kehendak kita, kemauan kita, yang disesuaikan dengan kehendak Allah Pencipta.
Doa penting sekali, tetapi Alkitab dengan jujur mengatakan kepada kita, bahwa kita sebenarnya tidak tahu bagaimana seharusnya berdoa. Ini jujur sekali. Siapa yang mengetahui bagaimana seharusnya berdoa? Kita selalu hanya minta-minta kalau berdoa, meminta menurut kemauan kita sendiri. Dalam berdoa kita mau supaya Tuhan menyesuaikan dengan kehendak kita.
Saya ingin bertanya kepada Saudara, apakah doa kita sudah sesuai dengan kehendak Tuhan? Apakah kita berdoa dengan pengertian akan apa yang dikehendaki oleh Tuhan? Saudara, Alkitab dengan terus terang berkata kepada kita bahwa kita sebenarnya tidak tahu bagaimana seharusnya berdoa. Apa yang kita doakan? Bagaimana kita harus mendoakannya? Kita sendiri tidak tahu. Banyak orang Kristen waktu berdoa asal buka mulut saja, "Tuhan, saya mau ini, mau itu". Tuhan mau tahu hati kita waktu kita berdoa, bagaimanakah sikap kita terhadap kedaulatan, keinginan, rencana dan kehendak Allah.
Hal di atas menjelaskan bahwa kita sebenarnya tidak tahu bagaimana harus berdoa. Itulah sebabnya Roh Kudus diberikan menjadi Penolong bagi kita masing-masing, untuk menolong kita berdoa, menolong kita mengutarakan hati kita sepenuhnya kepada Tuhan sehingga sesuai dengan kehendak Tuhan. pada akhir ayat ini dikatakan, Roh Kudus mengetahui bagaimana berdoa bagi kita. Dia berdoa menurut kehendak Allah bagi orang-orang suci. Dalam keadaaan demikian kita melihat hubungan antara doa dan Roh Kudus.